CLICK HERE

Tuesday 29 November 2011

FRIENDS



Friends..... ...
They love you,
but they are not your lover
They care for you,
but they are not from your family
They are ready to share your pain,
but they are not in your blood relation.
They are........FRIENDS! !!!!
True friend...... ..
Scolds like a DAD..
Cares like a MOM..
Teases like a SISTER..
Irritates like a BROTHER..
And finally loves U more than a LOVER.




Monday 28 November 2011

Instinct

Wow...terharu sgt...thanks Abah...
Alhamdulillah...Syukur kpd Allah.
=)

Abah & Mak saya- Aidilfitri 2010

Sunday 27 November 2011

1433H

Hari ini kita sama-sama mengingati dan renungi, insafi diri kita...kerana, peristiwa yang berlaku hari ini penuh sejarah dan membawa perubahan besar dalam DUNIA ISLAM...

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah menjadi titik permulaan empayar Islam hingga ke akhir zaman.
Bukan mudah perjuangan baginda sebagai seorang pemimpin AGUNG DUNIA ISLAM.

Kita sebagai umatnya... apa yang telah kita perjuangkan untuk Islam?
jika belum...biar hari ini jadi permulaan PERJUANGAN kita demi Agama, Keluarga, Bangsa, dan Negara.


FADILAH BULAN MUHARAM

(1) Termasuk satu dari empat bulan haram (al-asyhur al-hurum).
Terkait hal ini;

(a) kita dilarang berbuat zhalim, sbb perbuatan zalim di bulan ini lebih berat dosanya daripada perbuatan zalim di bulan lainnya.

(b) Kita diperintahkan untuk menjaga dan meningkatkan ketaqwaan, agar Allah SWT selalu bersama kita.

(2)Dianjurkan untuk berpuasa, sebab puasa paling afdhal setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharam (HR Muslim).

(3)Terdapat 'Asyura, yaitu hari ke sepuluh, di mana berpuasa pada hari 'Asyura dapat menghapus dosa satu tahun yang telah berlalu.

(4)Terdapat Tasu'a, yaitu hari ke sembilan, di mana Rasulullah SAW bercita-cita untuk berpuasa pada hari Tasu'a untuk membedakan dengan kaum Yahudi (HR. Muslim).

(5) Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa di bulan Muharam.

(6) Para sahabat melatih anak-anaknya untuk berpuasa di bulan Muharam.

(7) Bulan Muharam itu bulan syukur dgn cara berpuasa, makanya jgn dirubah menjadi bulan kesedihan.

Kakak & Mak -pic 2004

macam ade cermin je kat tengah2...hihi

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru 1433H

Semoga di tambah keimanan, ketaqwaan, ketabahan, kesabaran, dan kegigihan dalam diri...
moga dijalan yang benar.

Semoga dilindungi Allah dari segala bencana,dipermudahkan amal, dan beroleh kesejahteraan.


P/S:-
Bacalah DOA AKHIR TAHUN selepas asar 3X
Bacaan Yaasin 3X
Doa Awal Tahun 3X 


Moga dosa2 tahun lalu diampunkanNya & Semoga tahun baru ini diisi dengan perkara yang makruf.


Amin.

Wednesday 23 November 2011

Ubat Rindu

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama
Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa
Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


-Miss Aniz Khory-

Tuesday 22 November 2011

Balik Dari Melaka

Yesterday my classmate n I went to Melaka to ziarah Farhani n her family because her father telah kembali ke rahmatullah coz sakit jantung. Al-fatihah utk arwah. Semoga berada di kalangan orang2 yang soleh. Amin...

hope far n family tabah hadapi dugaan ini.

b4 balik Johor.

Monday 21 November 2011

Rasulullah menangis

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya
.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat
kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya
, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Sunday 20 November 2011

Tidak dihargai...

TIDAK DIHARGAI...

Pernah x anda rasa sedemikian??? of coz pernah kan. sometimes,ape yg kita wat,berbakti kat org... kita akan rasa mcm x dihargaikan? xpe2...jgn sedih2 ye. sbb sy ade ayat best utk sedapkan hati msg2 termasuklah utk dr sy sendiri...

"usah bimbang jika kita x dihargai,tetapi bimbanglah jika kita x berhargai lg"

p/s :- apapun,jgn la cpt melatah or berprasangka ok...sbnrnya,kita mmg dihargai...B+ve OK?

Salam.

20.11.2011

xde story lg nak letak...arini nak g audio lab lagi.... =)

tetiba teringat lak kat citer winter sonata ni...form 3 dulu...2002...Yoo Jin

Saturday 19 November 2011

SEMINAR PLTV

SEMINAR PLTV
Tempat : Studio Pendidikan
Hari : Sabtu
Tarikh : 19 November 2011
8pagi

start with...Bismillah


Friday 18 November 2011

Recording in Audio Lab FPTV, UTHM JOHOR.

Alhamdulillah, arini xde kuliah,tp bz ngan keje n urusan kat fakulti. Pengalaman arini bljr record suara kat audio lab fakulti. sgt seronok...erm,penat gak la.ptgnye kena amik test medsi utk kali ke2.pastu kena isi Abagum lak.
Xpela...apa pun,bersyukur kerana masih dipanjangkan usiaku ini.



Erm,so skrg ni nak kena siapkan PSM ku tersyg ni...byk gak tertangguh coz urusan2 lain.
Apapun,harap Allah membantuku untuk mengembalikan semangatku agar siapkan PSM ku syg ni. time2 mcm ni la byk dugaan yg mendatang. apapun,silalah berfikiran +ve ye cik Aniza. sesungguhnya,dugaan menjadikan mental lebih kuat. hadapilah dgn tabah.

huhu...sedihnye
chayok2...Allah sentiasa bersamaku. Ingat tu Aniza.

from Aniza to Aniza. =)
"berdirilah di atas kaki sendiri"

Thursday 17 November 2011

MIMPI HARI KIAMAT

Td tengah busy wat PSM, ade sorg adik ni call dia bgtau dia bermimpi.
Subhanallah...dia mimpi pasal hari kiamat.

Alhamdulillah,mungkin mimpi tu sebagai petunjuk dr Allah utk kita supaya beringat akan tibanya hari kiamat. Bila masanya, itu kehendak Allah. Mungkin gak mimpi tu bermaksud Allah sygkan kita dan memberi peluang kepada kita untuk ke arah kebaikan. Oleh itu, sama-samalah kite pertingkatkan amal ibadah kita kerana hanya itulah,bekalan kita di sana nnt.

Wallahualam.

try la tgk entry lama ni...

http://noranizakhory.blogspot.com/2011/08/nnt-pikir.html
Adikku syg...May Allah bless U

Kawan

Kawan...
Datang dan pergi...
Tapi aku?
Tetap di sini.


-Aniz Khory-

Wednesday 16 November 2011

Petua Imam Syafi'e....

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday 15 November 2011

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Perkongsian daripada salah seorang ikhwah:

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT
Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :
1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 370

Monday 14 November 2011

Morning - RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..

C++,ELEKRIK,BIMBINGAN DAN KAUNSELING

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..

Tipsnya Seang Sahaja..
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya...

Friday 11 November 2011

Xde Keje jap

hihi...byk org sibuk dgn tarikh arini...yup,mmg cantik. kebetulan plak on laptop kul11,so...xde keje pnye pasal,nila hasilnyer.

mesti xde sape yg perasan kan pasal pic ni.hihi,biarlah rahsia.

Thursday 10 November 2011

Suratan yg tersirat

Forget those who have forgotten you when you really needed them and remember those who have made you smile when you were down

Wednesday 9 November 2011

RESEPI KEK BATIK

Memandangkan resepi ni paling senang nak wat,so...bg memenuhi cuti mid sem ni,sy watkan la kek batik ni.sebabnye nak bagi kat jiran.hihi...jiran sy ni suke mkn tp di xde anak pompuan lak nak suruh wat. so,sy nak hadiahkan la utk dia.hope rasanya ok la...apepun,nak kongsi gak la resepi ni.mana la tau ade yg xpernah try.so,leh la try.

First of all,bahan2nya adalah seperti berikut.
1.










Tuesday 8 November 2011

Cinta dan Sahabat

♥ ..bila CINTA btanya kpd PERSAHABATAN •✿•

CINTA : kenapa kau diperlukan sedangkan mereka sudah ada aku?
PERSAHABATAN : kerana aku selalu berikan mereka SENYUMAN ketika kau berikan KEKECEWAAN..

..ssorg yg kte cinta blh pergi bila2 msa namun sahabat..kawan..tetap ada utk kte..

Hati Wanita

Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..

A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR... :-)



^_^sesungguhnya Allah memberi ujian mengikut kemampuan hamba2Nya^_^

Monday 7 November 2011

DOA Pilhan

Sahabatku yg cintai Allah, aminkan doa ini agar Allah menjadikan keluarga kita sbg ahli kebaikan & terjauhkan dr keburukan "Allahummaj'alni wa auladi min ahlil ilmi wa khairi, wa la taj'alna wa iyyahum min ahlis su'i waddairi' Ya Alah, jadikanlah kami & anak2 kami termasuk ahli ilmu & kebaikan & janganlah Engkau jadikan kami & anak kami termasuk ahli kejahatan & kemudharatan.'
 
♥Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba sombong mrasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU
♥Maaf Ya Allah jika hamba menunda sholat fardhuMu
♥Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU
 

Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha,,, 6 Nov 2011

Salam Aidil Adha...
Semoga masih dapat merasa nikmat Iman dan Islam.
Banyakkan bertakbir, bertahmid & bertasbih di hari mulia ini.
Moga Allah s.w.t memberkati setiap hembusan nafas yang dikurniakannya.







Pesanan Ringkas...

kesilapan ibadah kurban yg sering dilakukan :

1. berniat sebelum membeli haiwan kurban
2. tidak mewakilkan sembelih
3. kurban lbh dari 7 bahagian
4. daging dan kulit kurban diberi kpd tukang sembelih dan tukang lapah
5. tidak memberikan daging mentah kpd faqir miskin
6. memindahkan semua daging kurban ke negeri lain
7. semua daging dimasak utk jamuan
8. memberikan sedikit sahaja kpd faqir miskin......

Saturday 5 November 2011

Dah xde gunanya lagi...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg soleh.
Hope arwah dh maafkan sy dan Yuhanis.
Al-fatihah.

p/s: Kepada insan2 yg pernah sy sakiti,lukai, dan sbgnye...hope dpt maafkan sy.

Salam Aidil Adha

Pengorbanan ikhlas dari hati tanpa mengharap balasan akan jadi 1 kepuasan yang berkekalan selamanya...

Sorry for everything.
Selamat berkorban.

Friday 4 November 2011

Jihad

Jihad kepada ibubapa ialah jihad yang paling mulia. sbb itu Allah meletakkan ibubapa tmpt yg paling mulia.

Alhamdulillah...

BP(9.15mlm) - Taiping(4pg)
thanks to Dina,drive ngan baik...

Thursday 3 November 2011

Menangis Takut Allah S.W.T

"Dua mata yang tidak disentuh api neraka,ialah mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT & mata yang berjaga-jaga di jalan Allah SWT."
( H.R Tirmidzi)
 
 

Wednesday 2 November 2011

Sementara masih sempat

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis s...urat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Tuesday 1 November 2011

DESIGN TERKINI DAN MURAH.




1.11.11

Cantik tarikh arini...
dlm video ni,part kat terowong paling sedih...kalo balik Tpg lalu kat terowong mesti ingat citer ni...i like this story.