CLICK HERE
Monday, 30 April 2012
Saturday, 28 April 2012
Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) di Jerman: Peningkatan kemahiran tenaga kerja di negara ekonomi terbesar di Eropah
Sistem TEVT dianggap satu daripada kekuatan utama sistem pendidikan di Jerman yang mana sebanyak 60-70% daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta) memasuki sekolah vokasional. Latihan ini menyediakan banyak program latihan merangkumi hampir 340 pekerjaan dan sangat popular dalam kalangan lepasan sekolah di Jerman. Sistem latihan ini sangat berjaya dengan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah,iaitu 3%.
Pendidikan vokasional yang paling banyak dilaksanakan adalah sistem latihan perantisan. Perantis dilatih oleh majikan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi (3-4 hari seminggu) dan mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional (1-2 hari seminggu). Di samping memperoleh kelayakan yang diiktiraf (sijil dikeluarkan oleh dewan perniagaan) apabila tamat pengajian, perantis juga mendapat gaji daripada majikan. Melalui sistem ini, pelajar terlibat dalam pekerjaan bergaji dan menerima latihan yang diiktiraf selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan. Peratus pekerja tidak mahir dan pengganguran dalam kalangan belia di Jerman adalah rendah.
Sektor swasta (menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan) dan sektor awam terlibat dalam pembiayaan dan penyampaian TEVT. Di samping penyediaan dan pembiayaan latihan, sektor swasta terlibat dalam penambahbaikan kurikulum latihan, pindaan peraturan latihan, khidmat nasihat dan penyeliaan latihan serta urusan pentadbiran peperiksaan. Pada masa yang sama, kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan, menetapkan kurikulum dan membiayai tenaga pengajar di sekolah vokasional. Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat aktif dalam penyelarasan penawaran dan bilangan tempat TEVT.
Friday, 27 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Monday, 23 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Sunday, 15 April 2012
Tuesday, 10 April 2012
Monday, 9 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Saturday, 7 April 2012
Thursday, 5 April 2012
Wednesday, 4 April 2012
Tuesday, 3 April 2012
5S
SISIH-SUSUN-SAPU-SERAGAM-SENTIASA AMAL...
Semalam wat...arini wat...hope maintain la bersih bengkel ni...ganti kelas 4ABM arini...petang ni nak ngajar dak2 umah biru kawat lak. Semoga dpermudahkan.
Semalam wat...arini wat...hope maintain la bersih bengkel ni...ganti kelas 4ABM arini...petang ni nak ngajar dak2 umah biru kawat lak. Semoga dpermudahkan.
Sunday, 1 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)