CLICK HERE

Tuesday, 30 August 2011

Salam 1 Syawal

Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua, Bila ada kata membekas luka, Semoga pintu kemaafan masih terbuka. Salam Aidifitri dari Aniza n Family.
Raya pertama biasanya kami sekeluarga akan pergi beraya ke Bukit Gantang n Kuala Kangsar. So,mlm baru balik Taiping,saper2 nak mai umah,silalah dtg start dr raya ke 2 n seterusnya ok.



Sunday, 28 August 2011

Isk...Isk...Isk...

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
 - Hamka -

Seandainya anda berduka, ambillah wudu', tunaikanlah solat sunat dua rakaat, mohon kepadaNYA dipermudahkan segalanya..Amin...


Sedih n sayu je rasa hati ni,bulan Ramadhan yg mulia ini akan meninggalkan kita...hope dpt bertemu lagi tahun dpn. Ya Allah,peliharalah hatiku ini untuk menempuh bulan2 seterusnya sehingga aku bertemu ramadhan seterusnya. Panjangkanlah umurku untuk terus meningkatkan ibadatku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, 26 August 2011

Hadis-Iman

Dari ‘Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam.” [Riwayat Muslim]

Thursday, 25 August 2011

Doa Tak Di Tolak

"Maksud Hadis Nabi SAW: "Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim...diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )
 

Tuesday, 23 August 2011

SUsah Wat Baik

Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat:

1)Memberi maaf ketika marah.
2)Bersedekah ketika kesempitan.
3)Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.
4) Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

 dari SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W

Monday, 22 August 2011

Siapakah WANITA CANTIK itu???

 WANITA CANTIK IALAH...
✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .
 

~> Jadilah wanita cantik itu :)

Sunday, 21 August 2011

10 malam terakhir...

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Saturday, 20 August 2011

Tanyalah Ustaz

harini tajuk ceramah yg aku dgr kat TV9 ialah--> MENCARI YG HALAL

antara intipati yg dpt aku amik seperti berikut

1.yg halal itu jelas,yg haram pun jelas.
2.dia x mengandungi binatang haram.
3.haram bangkai,darah,khinzir,apa yg disembelih dgn x menggunakan nama Allah.
4.186 produk bleh d hasil kan oleh khinzir--60%bhn yg d proses ialah khnzir gak
5.perkara yg bersih dan suci--memenuhi ciri halal
6.mkn menda yg x memudaratkan-->
7.telur mesti dibasuh terlebih dahulu
8.yakin itu xbleh di ganggu gugat dgn syak. jgn was2
9.sembelihan ahli kitab diterima-->di zaman ini ada lg ke? JAKIM xterima sembelihan ahli kitab.
10.stiap apa yg Allah jadikan dimuka bumi ini bersebab...tidak sia2...Allah nak tgk sejauh mana manusia menghambakan diri kpd Allah.
11.sembelihan guna tali tangsi-
12.syarat sah:-penyembelih-islam,berakal (kalo hadas besar:-sah,tapi makroh)
                     -haiwan
                     -alat yg tajam
13.mencari yg halal itu FARDHU (refer logo halal JAKIM yg di iktiraf)
14.sembelih guna elektrik-di benarkan oleh fatwa kebangsaan(air yg guna elektronik--utk ayam)


sorry mcm x lengkap je.slmt beramal.Thanks.

Friday, 19 August 2011

Malam Lailatul Qadar

Al-Quran diturunkan.
Malam yg lebih baik dr 1000 bulan.

Marilah sama2 kita berdoa agar dpt bertemu Malam Lailatul Qadar.

Wednesday, 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran


Umpama Utrujjah dan kurma

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari, beliau berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah,rasanya enak baunya harum. Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma, meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis ini, terdapat dua bidalan dan perumpamaan yang boleh dijadikan renungan kepada orang yang mencari hidayah dan petunjuk Allah SWT. Bidalan-bidalan tersebut ialah :
Orang Mukmin yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya. Orang Mukin yang tidak membaca al-Quran tetapi beriman dengan isi kandungannya. Nabi Muhammad SAW mengumpamakan golongan yang pertama iaitu orang Mukmin yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya sebagai al-utrujjah, iaitu sejenis buah limau yang mempunyai bau yang wangi dan sedap, di samping rasanya yang enak. Hal ini menunjukkan bahawa golongan Mukmin tersebut adalah terdiri daripada mereka yang telah sampai kepada tahap kesempurnaan dalam keimanan mereka yang luhur dan murni kepada Allah SWT sama ada dari sudut zahir mahupun batin. (Lihat Min Kunuz al-Sunnah, oleh Muhammad Ali as-Sabuni,hlm 71)
Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi, golongan Mukmin yang membaca al-Quran diumpamakan sebagai al-utrujjah kerana buah ini adalah buah yang terbaik, selain memiliki saiz yang besar, mempunyai rupa yang cantik serta mempunyai rasa yang enak. Kelazatannya boleh dirasai walaupun belum menjamahnya. (Lihat Tuhfat al-Ahwazi, 8/138-139)
Begitulah cantik dan indahnya mereka yang berdampingan dengan al-Quran sehingga diibaratkan dengan buah yang enak dan lazat serta mempunyai bau yang amat menyelerakan yang menjadi idaman setiap manusia.
Manakala golongan yang kedua pula iaitu orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran tetapi beriman dengan isi kandungannya, Nabi SAW telah mengumpamakan mereka dengan buah kurma,yang mempunyai rasa yang enak tetapi tidak mempunyai bau. Seharusnya diketahui bahawa bau terhadap sesuatu makanan adalah pembuka selera kepada makanan tersebut. Seterusnya hal ini menunjukkan golongan Mukmin ini adalah terdiri daripada mereka yang suci batinnya kerana penuh dengan keimanan laksana kurma yang sedap,namun pada zahirnya tidak sedemikian kerana mereka tidak membaca ayat-ayat Allah SWT, laksana kurma yang tidak mempunyai bau. (Lihat al-Sabuni, Min Kunuz al-Sunnah, hlm. 71)

Penggunaan bidalan dan perumpamaan dalam hadis di atas amat berkesan sekali kepada mereka yang mendengarnya kerana ia dapat memberikan gambaran yang amat menarik tentang kedudukan orang Mukmin. Perumpamaan dan kiasan dalam hadis ini telah dapat memaparkan keimanan secara zahir dan batin yang sememangnya sukar dikenal pasti. Keimanan tersebut telah dijelaskan dengan baik sekali apabila ia telah diumpamakan dengan sesuatu perkara yang sudah jelas dalam kalangan masyarakat Arab iaitu sejenis buah-buahan yang terdiri daripada utrujjah(sejenis limau) dan kurma.
Mengikut bidalan dan kiasan yang terdapat dalam hadis ini, menunjukkan bahawa betapa pentingnya membaca al-Quran kerana fadhilat dan ganjarannya amat besar sekali. Oleh itu, semua umat Islam hendaklah beristiqamah dalam membaca, menghayati serta beramal dengan isi kandungan al-Quran agar hati-hati mereka sentiasa disinari cahaya taufik dan hidayah Allah SWT. 
p/s: jomlah kte sme2 memperbnykkan bacaan Quran di bibir dan hati saat ayat-ayatNya masih lagi tidak terpadam dari hidup kte...jgn lpe hayati dan amalkan b'sama2..insyaAllah,kemuliaan Al-Quran dan diri kte akan t'pelihara..waAllahu'alam;)

Friday, 12 August 2011

Thursday, 11 August 2011

3 perkara yang harus disegerakan

Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Hai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, yaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya." (HR. Ahmad)(Abdul Aziz Ar-Ra'uuf)

Wednesday, 10 August 2011

TARIKH LAHIR ANDA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Tuesday, 9 August 2011

SOLEH n SOLEHAH






YA ALLAH YA TUHAN KU...KURNIAKANLAH AKU CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH...AMIN...

Monday, 8 August 2011

Kebumi

Sahur td, aku dikejutkan ngan berita sedih iaitu, abah my best fren dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg soleh. Amin. Pemergian di bulan Ramadhan yg mulia ini. 8-8-2011.

Alhamdulillah,jenazah selesai di kebumikan.

Maaf sebab x dpt melawat semasa di ICU Ipoh. Aku sempat pegi tgk masa kat kubur je. Apapun,thanks to my brother n my mother coz sudi teman sy dari Taiping ke Trolak bg menziarahi arwah sbg tanda penghormatan terakhir.

Takziah utk keluarga arwah. Hope dpt menghadapi ujian ini dgn tabah.

Sunday, 7 August 2011

Ada yg Berduka...

Today,rasa sedih sikit coz dgr citer dr my best fren, bhw abah beliau sakit teruk n kini berada d ICU Hospital Ipoh. Hope aku dpt g melawat. Dina, tabahkan hati ye. Al-fatihah utk Abah beliau.

Me n Adina

Thursday, 4 August 2011

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..♥~

Wednesday, 3 August 2011

2 O 1 2 ? ? ?


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)