KITA IBARAT PINGGAN
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..
Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan
tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu
Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm
keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan
Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat
yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan
tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi
bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi..
Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg
hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali
kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah
akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya
bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya
dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya
di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya,
sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak
akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina
buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
No comments:
Post a Comment