CLICK HERE

Thursday, 5 December 2019

FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU TANPA KITA MENYEDARI DUNIA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA😢



1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6.  Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah...

Wednesday, 4 December 2019

Result Postmortem IUD

Hari ni ibu kena pergi hospital utk ambil result postmortem.

Alhamdulillah, hasil result postmortem dari sample uri aritu, semuanya ok. Xde mslh ape2. Doctor ckp bukan rezeki. Yg lain mmg xde mslh ape.




Monday, 2 December 2019

Confinement day-60

Hari ni dh sampai Hari ke-60 awk pergi, maksudnya ibu pun dh habis pantang.

Jika Hari ni awk masih dlm kandungan ibu, bermakna lg seminggu awk akan lahir. Tp xpe, ibu Redha dgn pemergian awk. Semoga awk bahagia di sana. Aamiin.
Always miss you 👶🏻👣.

Saturday, 30 November 2019

Jumaat ke-9 anakku

Hanya Allah yg tahu perasaan ibu.
Maafkan ibu anakku.
Rindu... 👶🏻👣

Friday, 22 November 2019

Jumaat ke-8 anakku...

Hari ni Jumaat ke-8 anakku.
Ibu sentiasa merinduimu.
Hanya Allah je yg tahu perasaan ini.

Saturday, 16 November 2019

Kubur Anakku

Hari ni baru dpt ziarah kubur anak...
Anakku, ibu love u. Maafkan ibu.
Semalam ialah Jumaat ke-7 anakku.
Update berat badan ibu...








Friday, 8 November 2019

Jumaat ke-6

Hari ni Jumaat ke-6 dh bersamaa Hari ke-36 ibu berpantang tanpa anak ibu... Apapun, 'Aafiyah tetap dlm ingatan ibu... Ibu masih lg ingat wajah comel awk. Inshaa Allah akan sentiasa ingat... Walaupun itu boleh membuatkan air bertakung di Mata ibu.

Doktor suruh ibu turunkan berat badan sbg persediaan utk mengandung lagi. Semoga ada rezeki ibu dan bapak. Aamiin.




Ibu dh start jaga potion mkn... Setakat ni rekod utk 3 hari. Semoga Allah permudahkan. Ibu selalu teringat anak ibu... 'Aafiyah... Anak syurga.

Monday, 4 November 2019

Pic Scan Terakhir

Hari ni ibu kena G klinik utk selepas sebulan melahirkan baby.
Jumpa doctor & ambil balik buku pink. Bila selak2 buku pink tu, jumpa la pic ni.
Gmbr scan terakhir utk confirm jantina sblm awk 'pergi'... Tinggal kenangan. Waktu ni doctor ckp awk aktif, tgh bermain2. Ibu & bapak plan utk 3d or 4d nk tgk muka, tp awk tutup muka. Duk dlm keadaan bersujud pula tu, kebetulan masa scan ni baru lepas azan zohor. Allahu akhbar... Semua ni kenangan indah & membahagiakan buat kami.

Sunday, 3 November 2019

Balik Ipoh

Hari ni ibu balik ipoh. Esok kena G klinik. Td kak Nurul, nana & Dania dtg.
Balqis, ibu & nana.



Friday, 1 November 2019

Melahirkan Anak Syurga

Setiap pasangan yg berkahwin, pasti impikan anak,begitu juga kami. Sewaktu tahu sudah mula hamil, Alhamdulillah bersyukur + gembira + takut pun ada. Maklumlah, ini pengalaman pertama mengandung. Bulan demi bulan, perasaan semakin gembira & excited menanti kehadiran anak pertama yg bakal dilahirkan pd jangkaan 9/12/2019. Tambahan pula sudah masuk trimester ke-3. Namun, Allah lebih menyayangimu... Pd usia kandungan 29 minggu, degupan jantung awk terhenti... & pakar sahkan awk dh meninggal. Xterkata ibu waktu tu. Ibu hanya mampu mendiamkan diri. 10 hari kemudian, barulah dpt melahirkan awk. Setiap kali Hari Jumaat, ibu akan teringat2 suasana di hospital Ipoh, detik2 akhir ibu bersama awk.
Alhamdulillah proses bersalin secara normal berjalan dgn lancar pada Hari tersebut. 4/10/2019. 10.40am. Ibu tau ibu akan kehilangan awk & akan rindukan awk. Hari ni genap Jumaat ke-5. 29 hari dah awk dikebumikan. Semua moment ini akan sentiasa dlm ingatan ibu. Inshaa Allah. Anak syurga ibu, ibu always rindukan awk syg. My baby girl💖

Terbayang2 lg wajah comel awk pertama kali ibu lihat awk sejurus melahirkan awk & kali terakhir sewaktu bapak bawa awk ke ward (selepas urusan mandi + kapan) sblm urusan kebumi di Taiping. 2 kali sahaja ibu dpt tatap wajah comel awk... Ibu redha, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita semua. Ibu tahu, awk bahagia di sana sayang... Anak syurga ibu & bapak... Nur 'Aafiyah binti Ahmad Faizal. 👶🏻👣💖




Kenangan Indah mengandungkan anak syurga. Tiada alahan teruk, ibu selalu sihat, xde mengidam, Alhamdulillah byk yg OK. 

Kenangan lagi waktu scan, nampak awk tgh isap jari, lapar agaknya... Maafkan ibu syg. 

Scan terakhir pula 3 hari sblm awk meninggal, awk dlm keadaan bersujud. Subhanallah... Doc ckp awk aktif waktu tu sdg bermain2. 
Semua moment ini, kenangan yg Indah buat ibu & bapak.
💖Our 1st baby💖

Thursday, 31 October 2019

Bila Semua Jadi Jutawan

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi nanti, kita cek akaun melalui Maybank2u , punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Lambo Avantador. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke sana.. Kita pun call tuan kereta sewa untuk sewa kereta. 

"Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan. 

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan. 

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan. 

Kita melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 Eleven. Buat kali pertama kedai 7 Eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan. 

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan. 

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu seadil² dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina kepada orang yang serba kekurangan Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah... 🤔🤔🤔

Kredit: Mohd Faizul

Rintihan Akhir Zaman

RINTIHAN AKHIR ZAMAN

Baginda Nabi Muhammad Shallallahu alaihi
wa sallam bersabda : (mafhumnya)

Akan tiba masanya atas ummat ku di mana
ke khusyu'kan dalam shalat akan hilang.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya kematian secara mendadak.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya gempa bumi terjadi.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
orang jujur didustakan, orang tepercaya
dituduh khianat, dan pengkhianat
dipercayai

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
Jika urusan umat di limpahkan kepada
pemimpin yang bukan ahlinya

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
seseorang muslim itu tidak akan
mengucapkan salam kecuali kepada orang
yang ia kenal saja.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya terjadi pembunuhan sesama
sendiri.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya masjid di bangun megah namun
sepi jamaah nya,

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya setiap orang tanpa kecuali akan
makan riba, orang yang tidak makan
langsung, pasti terkena debu debunya.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya seseorang tidak peduli dari
mana hartanya didapat, apakah dari yang
halal atau yang haram.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya manusia saling berbangga-
bangga dengan perbuatan maksiat mereka.
.
Para sahabat bertanya " kapan hal itu akan
terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah saw menjawab "Semua itu akan
terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu
sudah terjadi maka tunggulah saat
kedatangan hari kiamat".

Lihat lah Hampir semua yg disebut di atas
itu telah berlaku di zaman kita sekarang ini.

Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.
Ibu-ibu & bapak-bapak hanya
mementingkan makanan yg sedap dan
pakaian yg cantik2 saja terhadap anak-anak
mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran
agama dan akhlak kepada anak-anak
mereka.

Hari-hari yang Ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan
alasan gaji yg diberi tidak mencukupi /
sedikit.
Namun mereka lupa sesungguh nya Allah
memberkahi rezeki yang halal dan
menghilangkan dari rezeki yang haram.

Hari-hari yang Ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam
menghabiskan waktu mereka jalan-jalan
dan berplesiran di Mall atau di Pasaraya.
Namun mereka merasa letih dan berat
untuk mengerjakan shalat walau hanya dua
rakaat.

Hari-hari yang Ganjil.
Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-
lagu dengan hati yang girang gembira.
Namun jika untuk mendengar firman-firman
Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-
olah mereka hendak naik ke langit sedang
mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal
tidak boleh bercampur dengan perkara
yang haram.

Hari-hari sangat Ganjil.
Kita bersungguh2 berusaha sehingga
mampu membeli apa yang kita suka, yg
enak-enak dan yang bagus-bagus, murah
atau mahal, kita sanggup membayar nya
walaupun dengan berapa harga sekalipun,
namun ketika kita ingin menderma ke dalam
kotak masjid, kita akan memilih uang kita yg
paling kecil sekali untuk di masukkan ke
dalam kotak amal.

Hari-hari yang Ganjil.
Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat
bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa
untuk set kan alarm untuk bangun
menghadap Allah ketika shalat subuh.

Hari-hari sangat Ganjil
Kita saling caci dan membicarakan
keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun
kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu
ucapan pun yang di ucapkannya melainkan
ada di datangi malaikat pengawas yang
selalu hadir" .

Hari-Hari yang Ganjil.
Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan
bencana, namun kita lupa akan firman Allah
" Maha Suci Allah yang telah menggerakkan
kendaraan ini untuk kami padahal kami
tiada kuasa menggerakkannya"

Hari-hari yang Ganjil.
Ibu-ibu & bapak-bapak membiarkan saja
istri dan anak perempuan mereka memakai
pakaian dengan menampakkan aurat
bahkan menimbulkan fitnah kepada orang
lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak
berani untuk mencegahnya dengan alasan
itu adalah hak asasi manusia, kubur
masing2 dll....

Hari-hari yang Ganjil.
Pada saat pesan ini sampai kepada mu,
maka dengan engkau telah menjadi salah
seorang yang membantu dalam
memberikan peringatan tentang peraturan
serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi
Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah
turut serta menghidupkan sebahagian dari
sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan
satu perbuatan sunnah saja.

Memelihara Hadis yang mulia dengan
demikian Anda telah bersama2 dengan kami
dalam menyebarkan sunnah-sunnah
Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak
kepada kebaikan.

Agar semakin bertambah ganjaran pahala
kita dapat karena sudi berdakwah

Insyaa Allah.
Bumi ini sudah tua soal kapan kiamat tidak
ada yang tau termasuk Rasulullah,Tapi
mengenai umur umat islam Rasulullah
pernah membocorkan bahwa umur umat
islam tidak sampai 1500 hijriah
sedangkan kita sekarang sudah 1440
hijriah, kapan lagi waktu kita untuk berbuat
baik, kapan lagi kita mau memperbanyak
amal jika waktu hidup kita tidak ada yang
tau.

Mudah-mudahan kita selamat hidup di dunia yang sebentar ini...
Menuju Akhirat yang kekal abadi

Saudaraku bila lidahmu tak sanggup menyebarkan kebaikan maka biarkanlah jari jarimu melakukanya.

Wednesday, 30 October 2019

Ibu rindu...

Baju anak ibu... X sempat bg awk pakai. Maafkan ibu syg. 

Ibu's confinement day-27 without my baby girl.