CLICK HERE

Friday, 1 November 2019

Melahirkan Anak Syurga

Setiap pasangan yg berkahwin, pasti impikan anak,begitu juga kami. Sewaktu tahu sudah mula hamil, Alhamdulillah bersyukur + gembira + takut pun ada. Maklumlah, ini pengalaman pertama mengandung. Bulan demi bulan, perasaan semakin gembira & excited menanti kehadiran anak pertama yg bakal dilahirkan pd jangkaan 9/12/2019. Tambahan pula sudah masuk trimester ke-3. Namun, Allah lebih menyayangimu... Pd usia kandungan 29 minggu, degupan jantung awk terhenti... & pakar sahkan awk dh meninggal. Xterkata ibu waktu tu. Ibu hanya mampu mendiamkan diri. 10 hari kemudian, barulah dpt melahirkan awk. Setiap kali Hari Jumaat, ibu akan teringat2 suasana di hospital Ipoh, detik2 akhir ibu bersama awk.
Alhamdulillah proses bersalin secara normal berjalan dgn lancar pada Hari tersebut. 4/10/2019. 10.40am. Ibu tau ibu akan kehilangan awk & akan rindukan awk. Hari ni genap Jumaat ke-5. 29 hari dah awk dikebumikan. Semua moment ini akan sentiasa dlm ingatan ibu. Inshaa Allah. Anak syurga ibu, ibu always rindukan awk syg. My baby girl💖

Terbayang2 lg wajah comel awk pertama kali ibu lihat awk sejurus melahirkan awk & kali terakhir sewaktu bapak bawa awk ke ward (selepas urusan mandi + kapan) sblm urusan kebumi di Taiping. 2 kali sahaja ibu dpt tatap wajah comel awk... Ibu redha, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita semua. Ibu tahu, awk bahagia di sana sayang... Anak syurga ibu & bapak... Nur 'Aafiyah binti Ahmad Faizal. 👶🏻👣💖




Kenangan Indah mengandungkan anak syurga. Tiada alahan teruk, ibu selalu sihat, xde mengidam, Alhamdulillah byk yg OK. 

Kenangan lagi waktu scan, nampak awk tgh isap jari, lapar agaknya... Maafkan ibu syg. 

Scan terakhir pula 3 hari sblm awk meninggal, awk dlm keadaan bersujud. Subhanallah... Doc ckp awk aktif waktu tu sdg bermain2. 
Semua moment ini, kenangan yg Indah buat ibu & bapak.
💖Our 1st baby💖

No comments:

Post a Comment