CLICK HERE

Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala



Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Solat sunat39.gif
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

SELAMAT BERPUASA DAN MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH,SEMOGA DPT BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR.

Thursday, 28 July 2011

TUHAN ITU TIDAK WUJUD???

Dikisahkan ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting memulakan tugasnya, mereka pun berbual dan bercakap mengenai banyak perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu berkata, "Saya tidak percaya Allah itu... wujud." Lelaki tadi kehairanan lalu bertanya "Kenapa kamu berkata begitu?" Tanya si lelaki tadi.

Tukang gunting itu pun menjawab, "Cuba kamu keluar ditengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Jika benar Allah itu wujud, kenapa ramai orang diluar sana sakit? Kenapa masih ramai kanak-kanak yang terbiar? Kalau benar Allah itu wujud, sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup di dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku."



Lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak dapat memberi sebarang jawapan yang terbaik kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu selesai menggunting, Lelaki tadi pun beredar. Setelah berjalan beberapa langkah, lelaki tersebut terpandang kepada seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggutnya tidak terurus. Lelaki tersebut kemudian berpatah balik dan masuk semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Adakah kamu tahu sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?"

Tukang gunting dengan nada kehairanan bertanya "Mengapa kamu berkata begitu? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu sebentar tadi."

"Tidak!", kata lelaki tersebut. "Jika tukang gunting wujud, sudah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta mempunyai janggut yang panjang dan kotor seperti lelaki ditepi jalan itu.", Jawab lelaki itu sambil menunjukkan jari ke arah lelaki yang berambut panjang ditepi jalan berhadapan dengan kedai gunting tersebut.

Tukang gunting tersebut pun terus berkata, "Ah! mana mungkin, tukang gunting sememangnya wujud!, Lelaki tesebut menjadi begitu kerana dia tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!."

"Tepat sekali kata kamu!", Kata lelaki tadi. "Itulah dia! Allah sememangnya wujud, keperitan dan penderitaan terjadi disebabkan manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan."

Marilah kita sama-sama renungkan bersama...

Mazmummah utama yang menghilangkan BAHAGIA di hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa  mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang  kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak
orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah  kena sakit jantung. 

3. Hasad dengki
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan. 


4. Bakhil 
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,  kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa  berdalih mengatakan ia tiada duit.. (rezeki yang diberi oleh  Allah elok dikongsi bersama....-derma) Allah lebih sayang  orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid  tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap  memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu  Allah beri melalui maknusia 


5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
6. Tidak sabar 
andainya perkara yang kecil pun  tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.  (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun  atas meja..heh..heh..)
 
7. Ego
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
 
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
 
9. Cinta dunia
tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan  "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Kesimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan  sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan,  musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang,  makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan  saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi  andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan  bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat  mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. 

 Wallahualam"
  

YA ALLAH YA TUHANKU,JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT2 MAZMUMMAH...AMIN.



Malam Nisfu Sya'ban

antara malam yg dimakbulkan doa ialah malam jumaat,malam aidiladha,malam aidilfitri,malam 1 rejab dan MALAM NISFU SYAABAN....

Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat.
Jd pd mlm trsebut sgtlah baik utk kita beribadah & memohon ampun (bertaubat).
Semoga Allah swt menerima segala amal ibadah & mengampuni dosa-dosa kita. Amin.

Rasulullah bersabda;
"Barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini maka api neraka haram baginya."

Sabda Nabi s.a.w : Allah menilik kpd hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan org syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Apabila pada malam Nisfu Sya’ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang,beribadah dan puasa kamu pd siangnya                                                                       


AMALAN PD MLM TERSEBUT...

Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih. (seratus kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat :
Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat
sesuatu).
Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”
Sabdanya lagi :-
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”
Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

Wednesday, 27 July 2011

Aku, Saya, I, Ana, Yo, Me, Wa... TErimaKu SeAdanya...

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketikaditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebihpenyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.



hai...saya Aniza...hihi...

 ni kwn sy name dia Juju....


yang ni Cik Adina...

 eh,saya n Juju lagi lah
time ni saya terjatuh kat Tmn Tasik Taiping...Thank Dina coz tlg urutkan.

saya tangkap sendiri pic ni...

ni la satu2 kakak yg saya ada...dia cantik lg kot.

Menyendiri lagi...menyendiri lg...weikkkk!!! :-p

Lirik dlm lgu je...


Ni Tirah n Juju la ni...ari tu diorg menyanyi dlm bilik lagu ni...best gak...

Merekalah housemate saya...Dina tnye,ape tajuk lagu ni? serentak je jwb...Anyway.TQ.

My first post (try)...

my first blog ade prob...so,i make a new 1,sedihnyaa...for started, i wish Hello in spanish language...HOLA...hihi
Cómo está usted??? Mi nombre es Aniza...wah,rindunye sy nak belajar spanish lagi ngan Profesora Sabrina...

ni kwn2 saya yang belajar sepanyol ngan saya...diorg ni housemate saya gak...best fren la gak...
time ni rasa mcm kurus je...weikk...baru sem 2 kat UTHM. Rindunye kat diorg ni.

Isi2 dlm blog ni just utk pembacaan sendiri,tp apa salahnye kalo dikongsi untuk manfaat bersama.