CLICK HERE

Thursday, 28 July 2011

Mazmummah utama yang menghilangkan BAHAGIA di hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa  mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang  kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak
orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah  kena sakit jantung. 

3. Hasad dengki
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan. 


4. Bakhil 
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,  kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa  berdalih mengatakan ia tiada duit.. (rezeki yang diberi oleh  Allah elok dikongsi bersama....-derma) Allah lebih sayang  orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid  tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap  memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu  Allah beri melalui maknusia 


5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
6. Tidak sabar 
andainya perkara yang kecil pun  tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.  (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun  atas meja..heh..heh..)
 
7. Ego
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
 
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
 
9. Cinta dunia
tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan  "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Kesimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan  sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan,  musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang,  makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan  saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi  andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan  bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat  mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. 

 Wallahualam"
  

YA ALLAH YA TUHANKU,JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT2 MAZMUMMAH...AMIN.



No comments:

Post a Comment